PROFIL SYARIKAT
- PROFIL SYARIKAT
INDAH KASTURI TEXTILES
NAMA SYARIKAT : INDAH KASTURI TEXTILES SDN.BHD
NO PENDAFTARAN SYARIKAT : (1077045-X)
PEJABAT : NO 2 TINGKAT 2,JALAN PAK SAKO 1,BANDAR SERI SEMANTAN,28000 TEMERLOH PAHANG.
TELEFON : KILANG : 09 2966260 / OFFICE : 011 62913939
E-MAIL : iktsb.hq@gmail.com
LAMAN WEB : www.indahkasturi.com
NAMA : ENCIK SAMSURI BIN JAAFAR
JAWATAN : PENGARAH URUSAN
PEMILIKAN : PEMILIKAN TUNGGAL
KEWARGANEGARAAN : WARGANEGARA MALAYSIA
BANGSA : MELAYU
JANTINA : LELAKI
2. SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT
3. LATAR BELAKANG
Mula ditubuhkan pada Januari 2014 dan berdaftar dengan Suruanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini adalah bertaraf Bumiputera dan dimiliki secara tunggal. Syarikat ini beroperasi di No 31-41, Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan,28000 Temerloh Pahang Darul Makmur. Kami adalah pengedar tekstil eksklusif dan juga mempunyai kilang dan kepakaran dalam pembuatan pelbagai jenis produk fesyen muslim dan muslimah.
Pada awal pembukaannya, Indah Kasturi Tekstil telah berkembang dari penyediaan tekstil kepada pemborong kecil,peruncit,peniaga jalanan dan pelbnagai peniagaan lain. Kami dapat menghasilkan tudung yang dikhendaki oleh pelanggan,terutama bagi mereka yang ingin membina jenama mereka yang tersendiri. Produk yang dihasilkan juga terdiri daripada fesyen fesyen terkini seperti tusung sekolah, tudung jururawat dan juga untuk kegunaan koporat. Syarikat kami juga dapat mengikuti trend dan permintaan pasaran yang dinamis dan sentiasa berubah dengan terus menghasilkan produk baru yang berkualiti kepada pelanggan.
Kejayaan di sebalik Indah Kasturi didorong oleh rancangan jangka panjang dan didorong oleh cita-cita untuk menjadi pembekal tekstil terkemuka dan pengeluar produk fesyen muslim dan muslimah terbesar di kawasan pantai timur dan seluruh Malaysia dan memberi peluang kepada semua orang untuk memiliki produk mereka yang tersendiri.
SAMSURI BIN JAAFAR
PENGARAH URUSAN
4. VISI & MISI
VISI
- Untuk menjadi sebuah syarikat berasaskan tekstil terkemuka yang menyajikan nilai,kualiti dan perkhidmatan yang sangat baik kepada pelanggan kami.
MISI
- Menjadi peneraju utama jenama dan menjadi pilihan utama pelanggan.
- Menjadi pemimpin sektor pembuatan di dalam bidag tekstil sekitar Pantai Timur khususnya dan seluruh Malaysia.
- Menjadi pilihan pertama di dalam perniagaan dan pasaran sebagai pengeluar,pembekal,pengedar,tender,import mahupun eksport.
NILAI
- Kualiti kami sentiasa berusaha untuk memahami dan menghargai keperluan pelanggan dan pengguna dengan menyediakan produk dan perkhidmatan dengan standard tertinggi.
INTEGRITI
- Kami melaksanakan tugas kami dengan penuh kepercayaan dan berkomunikasi secara jujur kepada pelanggan kami.
5. KILANG PRODUKSI
Dalam pembuatan, syarikat ini menumpukan kepada keupayaan pembuatan,bermula dengan pemilihan bahan mentah & produk unik yang tidak terdapat di syarikat lain. Kami menekankan kepada mempromosikan hubungan yang murni dengan pelanggan,memberikan nilai baru yang harmoni kepada masyarakat,polisi yang dapat merealisasikan masyarakat yang bergaya dan berketrampilan. Kami juga memberi tumpuan kepada pendidikan dan kemahiran pekerja agar dapat memenuhi jangkaan semua pihak yang berurusan dengan kami.
6. BAHAN
6. PRODUK & SERVIS